Topics
Secara umum
diperhatikan bahawa orang yang mempunyai saraf yang lemah lebih mudah marah.
Sebahagian orang juga menjadi cepat marah kerana tekanan persekitaran, perasaan
rendah diri atau perasaan lebih tinggi dari orang lain. Ada juga orang yang
sangat sabar dan berlemah lembut di luar rumah bersama rakan-rakan, tetapi
menjadi pemarah di hadapan isteri dan anak-anak di rumah. Pada orang seperti
ini biasanya terdapat dorongan untuk berkuasa.
Walau apa pun
keadaannya, jika pasien sendiri ingin bebas dari kemarahan tersebut, ketika
marah dia hendaklah membaca:
يَا وَدُودُ
sebanyak satu
kali pada air, meniupkannya, kemudian meminum air itu dalam tiga kali nafas.
Jika ahli
keluarga yang lain ingin menghilangkan kemarahan seseorang atau beberapa orang
dalam rumah, maka sebelum matahari terbit mereka hendaklah membaca
يَا وَدُودُ
Yā Wadūd
sekali pada
satu teguk air dan memberikannya kepada orang tersebut ketika perut kosong.
Jika ini tidak dapat dilakukan, air yang telah dibacakan itu boleh dimasukkan
ke dalam kendi atau bekas air yang digunakan oleh seluruh ahli keluarga. Tempoh
amalan ini ialah maksimum empat puluh (40) hari.